Assalamualaikum w.b.t,

Hari ini merupakan hari kedua ToT ataupun Training for trainer dijalankan. Objektif utama ToT adalah utk  mempersiapkan para fasilitator utk menerima kedatangan adik-adik baru ke UTP pada 16 Januari 2010 . Saya mewakili Majlis Perwakilan Pelajar UTP sangat berbesar hati utk menerima kedatangan adik-adik baru ke UTP. Apa pun, diharap Minggu Aluan Siswa pada kali ini dapat menjadi memori terindah dan bekalan yg mencukupi bagi menyelusuri kehidupan selaku Mahasisiwa dan Mahasiswi UTP. Walaubagaimanapun, suka utk saya nyatakan tentang beberapa perubahan yg dilakukan oleh ESU utk pelajar semester Januari 2010. Antaranya :

1) Pada semester kali ini, ESU tidak akan memberi bantuan biasiswa kepada batch Januari intake. Utk pelajar foundation, mereka boleh membuat permohonan utk mendapat biasiswa daripada Petronas selepas keputusan SPM diumumkan.

2) Selain itu, kemasukan intake pada kali ini bukan sahaja terdiri daripada pelajar foundation tetapi juga daripada pelajar-pelajar undergraduate.

3) Pelajar foundation perlu mendapat cgpa 3 utk membolehkan Petronas meneruskan bantuan biasiswa ke undergraduate.

Mungkin ada yg tertanya mengapa begitu banyak perubahan yg dilakukan oleh Petronas terutamanya dalam hal-hal yg melibatkan biasiswa??? Jawapanya ialah Petronas adalah syarikat yg berorientasikan perniagaan @ bussiness basis. Jadi Petronas sangat dinamik dalam membuat sebarang perubahan bagi memastikan mereka mampu berdaya saing dengan syarikat-syarikat lain.

Diharap dgn info di atas dapat membantu warga UTPian bagi memahami trend semasa yg berlaku di sekeliling kita. Sebarang persoalan boleh diajukan ke ahmad.umair@mpmutp.com.

Terima kasih.

Advertisements